Sabtu, 19 Januari 2013

Di dalam musibah pasti ada permatanya..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Ya Allah.. Kau kurniaankn aku akan insan yang baik di sisi ku... sedangkan aku dilanda musibah akan kekhilafan aku sendiri telah menyebabkan aku termakan diri.. di kala aku kebingungan, penerusan kehidupan harian mencari ketenangan yang hakiki, sedangkan fikiran aku dalam kecelaruan, kekeruhan emosi ku yang tidak seimbang sehinggakan menyalahkan takdir yang telah dianjurkan buat ku.... takdir Mu telah mendatangkan golongan insan yang hebat yang  bergelar TEMAN............

Ya Allah ampunkan aku kerna menyalahkan takdir dan dugaan yang Kau berikan buat ku,,


Aku mulai sedar semua ni adelah sebagai peringatan buat ku agar aku tidak lalai pada Mu, aku tidak angkuh akan diri ku sendri.. pengajaran buat ku agar aku tidak ulangi kesilapan lalu..mohon teramat bimbingan dari Mu Ya Allah.. sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Alhamdulillah Ya Allah.,, Syukran Ya Allah...

Kau telah hadiahkan aku akan teman ukhwah yang indah..di kala aku merintih di atas dugaan yang Engkau utuskan buat ku, malah aku mengadu damba akan kehidupan yang Engkau berikan buat ku ini sehinggakan aku lupa sape diri ku ini.  Tetapi Engkau mengaturkan rencana dengan mendatangkan teman bagi membantu serta menyedarkan ku bahawa hidup ku yang sedia ada sudah cukup serta mengajar ku erti bersyukur . Aku sedar disebabkan teguran-teguran, peningkat istiqamah dan mujahadah padaMu hanyalah caranya mencari ketenangan..




 Syukran wahai teman,.

Engkau insan yang di utusNya bagi membimbing aku yang sedang lalai dan jatuh,
terima kasih kerana sering di sisi ku di saat aku jatuh..
sentiasa berkongsi suka duka dan sering sudi menjadi tempat luahan permasalahan ku..

Syukran Ya Allah,, Alhamdulillah..

Hanya Kau semata-mata tempat ku bersyukur dan mengadu.
Ya Allah kuatkan hati kami agar mampu mencari redha Mu, lindungi la kami, jauhkan la kami dari pintu kemaksiatan.. bimbing la kami agar kami tidak tersasar pada jalan Mu, ampuni la dosa kami...

* Buat teman - teman....
( UiTM, KKR , PSSPGM , SMUAZ, TQM dan FB n for someone that special friend for me 'N' )

Seandainya kehadiran ku ini melalaikan hidupMu dari mengingati Ilahi,
 Kau jauhilah daku akan langkahan mujahadah menepis segala dugaan, ujian dengan kekuatan imanmu.
Sesungguhnya aku tidak ingin menjadi penyumbang kepada kelalaian mu mengingati Allah.
Aku juga khilaf selalu kerna aku juga seperti mu.,
Doakan aku supaya aku sentiasa semangat di jalan Allah,
Jagalah syaro' agar hati-hati kita tidak lalai mengingati Allah,
Kerana hati itu kunci untuk menuju Allah..,
Jangan biarkan ia lalai dan mati dari mengingati Allah,,
Apabila ia mati maka tiada erti la hidup ini..
sama-sama la kita islah sebelum terlambat agar 'nawaitu'
 kita untuk bersama kekasih abadi lagi hakiki Allahu Rabbuna
Dalam Jannatul Naim bukan la hanya sekadar angan-angan di awanan mimpi..
Allahumma Amin..,
Insyallah....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan