Selasa, 2 April 2013

which is the right path?

 Assalamualaikum.. lama sungguh blog ku tidak tercoret... ini nukilan sambungan daripada yang terdahulu...

 Alhamdulillah.....

  Tertutup sudah lembaran dunia DIPLOMA yang telah aku hadapi sepanjang tempoh 3 tahun ini.. Maka dengan ini secara automatik terbuka la buku kehidupan baru ku yang berstatus PENGANGGUR..hehe...
Sampai masa nya aku mula menghitung jalan perjuangan hidup ku yang sebenar-benarnya..tapi....

DI MANAKAH HALUAN AKU SETERUSNYA???


Mampu kah aku terus berjuang dalam bidang perhotelan ini??...  adakah ini yang aku ingin kan dalam kehidupan?? Pening + celaru bila memikirkan nya.. buat masa sekarang aku tempuhi je aku yang terhidang di hadapan ku... Rezeki ade di mana-mana saja, yang penting jangan putus asa untuk mencarinya.

Langkah ku...........

Ilmu mesti harus ditimba... itu yang utama.. permohonan ijazah sudah selesai di isi.. selebihnya aku berserah kepada Allah semata untuk mengaturkan yang terbaek untuk ku.. Sementara menunggu keputusannya aku mencuba pelbagai bidang dalam misi mencari bakat ku yang sebenarnya,,

Alhamdulillah..... dalam tempoh dua bulan aku mencuba kembali akan skill aku dalam bidang designer..dan rezeki aku boleh di katakan agak terbuka luas.. aku mendapat upah dalam membuat satu website,logo, banner, backdrop, brochure, poster and file book untuk satu International Conference dalam business an economies research anjuran  Uitm Merbok Kedah,,,

ini salah satu contoh header kepada website event tersebut.


bukan itu saja...  aku juga turut menyertai beberapa pertandingan mereka logo.. dan dua pertandingan aku telah berjaya meraih tempt kedua iaitu dalam pertandingan mencipta logo kelab multimedia anjuran Politeknik Kok Lanas @ Kota Bharu... dan yang terbaru aku mendapat johan dalam mencipta logo satu badan NGO berunsurkan dakwah iaitu TeamHijrah Kelantan.. Logo ciptaan aku menjadi logo rasmi pertubuhan tersebut..

Bagi aku xde la cantik pon logo ni.. tapi x sangka dapat menjadi pilihan juri....


Malahan kalu dari segi designing juga aku mengambil upah untuk mendesign baju ( baru mencuba nasib) hehehe.... salah satunya...

hehehe.... bagi aku ok la kot kalu dalam peringkat permulaan katakan..hehe...
dalam masa yang sama aku juga sibuk mencurah bakti dalam mengajar ilmu persilatan untuk ^ buah gelanggang termasuklah 4 buah sekolah.. penaaaaaaaaaat tapi melegakan hati....dalam ada yang sama aku perlu organize kan kem-kem tertentu untuk mereka...

segak x??? hahaha....:P


Malah pada masa yang sama aku jugak bekerja sebagai sorang buruh kasar, pemandu forklift dan banyak lagi..hehehe.... bak kata pepatah ' REZEKI ADA DI MANA-MANA SAHAJA, HANYA YANG BERUSAHA SAJA MAMPU MENCAPAINYA"

Ini lah diri ku yang sekarang.. aku hepi dengannya... tapi bagi ku sampai bila aku perlu hidup begini???
pihak di sekeliling ku asyik mendesak untuk aku meneruskan kehidupan berdasarkan sijil Diploma ku dalam Seni Kulinari...Tapi mammpu kah aku 'survive' di dalamnya tanpa tertorehnya kalimah Allah di hati ku???

 Ya Allah show me the way, hanya Kamu Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Maka aturkan la yang terbaek buat ku...