Isnin, 28 Januari 2013

Kesedaran itu indah bukan? ^_^

Assalamualaikum buat pembaca sekalian...,,
Moga kalian dalam barakahNye ye..

Bila difikirkan kembali hidup ni mampu melalaikan bukan?
lagi-lagi kita golongan yang berdarah muda,, mudah terjebak dengan sesuatu malah juga menyesal dengan nye selepas melakukan nya.. tapi hakikatnya tetap ulangi nya.. huhu..

Buat diri amar sendiri yang hidup di dalam dunia sosial perhotelan yang mana di kelilingi dengan maksiat, tutur kata lucah golongan staff, arak, glongan munafik.. keadaan ini kadang membuatkan hidup amar umpama roda, kadang - kadang sedar dan kadang-kadang hanyut.. dengan keadaan sedemikian beberapa perkara sering bermain di fikiran amar,,,

Macam ne amar nak survive nga semua ni?
Inikah takdir amar? apakah yang menanti amar di masa hadapan kelak?
kenapa amar tersalah masuk persekitran ini?

Hanya Allah je punya jawapan untuk semua ni,, perhitungan dan percaturan adalah  indah dan penuh hikmah,, mungkin ini semua adalah percaturan dan ujian buat ku.. adakah aku mampu lulus dan grade hanya sebagai sorang student atau aku grade sebagai sorag khalifah yang bakal menjadi imam untuk masyarakat..



Istiqamah padaNya saje la mampu amar buat bagi mengelakkan segala kelalaian agar nama Allah tetap terparut rapi di dalam hati.. Alhamdulilah semakin hari semakin dekat amar rase dengan Nya. ber'dating' denganNya adelah yang terbaek. leh manje-manje.hehe.. Syukran Ya Allah atas ketenangan ini.. moga aku mampu merasakan Halawatul Iman yang diimpikan oleh seluruh umat islam..

Akhir kata buat teman-teman pembaca sekalian...
Pena ditutup dengan nukilan hadis.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.

Sabtu, 19 Januari 2013

Di dalam musibah pasti ada permatanya..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Ya Allah.. Kau kurniaankn aku akan insan yang baik di sisi ku... sedangkan aku dilanda musibah akan kekhilafan aku sendiri telah menyebabkan aku termakan diri.. di kala aku kebingungan, penerusan kehidupan harian mencari ketenangan yang hakiki, sedangkan fikiran aku dalam kecelaruan, kekeruhan emosi ku yang tidak seimbang sehinggakan menyalahkan takdir yang telah dianjurkan buat ku.... takdir Mu telah mendatangkan golongan insan yang hebat yang  bergelar TEMAN............

Ya Allah ampunkan aku kerna menyalahkan takdir dan dugaan yang Kau berikan buat ku,,


Aku mulai sedar semua ni adelah sebagai peringatan buat ku agar aku tidak lalai pada Mu, aku tidak angkuh akan diri ku sendri.. pengajaran buat ku agar aku tidak ulangi kesilapan lalu..mohon teramat bimbingan dari Mu Ya Allah.. sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Alhamdulillah Ya Allah.,, Syukran Ya Allah...

Kau telah hadiahkan aku akan teman ukhwah yang indah..di kala aku merintih di atas dugaan yang Engkau utuskan buat ku, malah aku mengadu damba akan kehidupan yang Engkau berikan buat ku ini sehinggakan aku lupa sape diri ku ini.  Tetapi Engkau mengaturkan rencana dengan mendatangkan teman bagi membantu serta menyedarkan ku bahawa hidup ku yang sedia ada sudah cukup serta mengajar ku erti bersyukur . Aku sedar disebabkan teguran-teguran, peningkat istiqamah dan mujahadah padaMu hanyalah caranya mencari ketenangan..




 Syukran wahai teman,.

Engkau insan yang di utusNya bagi membimbing aku yang sedang lalai dan jatuh,
terima kasih kerana sering di sisi ku di saat aku jatuh..
sentiasa berkongsi suka duka dan sering sudi menjadi tempat luahan permasalahan ku..

Syukran Ya Allah,, Alhamdulillah..

Hanya Kau semata-mata tempat ku bersyukur dan mengadu.
Ya Allah kuatkan hati kami agar mampu mencari redha Mu, lindungi la kami, jauhkan la kami dari pintu kemaksiatan.. bimbing la kami agar kami tidak tersasar pada jalan Mu, ampuni la dosa kami...

* Buat teman - teman....
( UiTM, KKR , PSSPGM , SMUAZ, TQM dan FB n for someone that special friend for me 'N' )

Seandainya kehadiran ku ini melalaikan hidupMu dari mengingati Ilahi,
 Kau jauhilah daku akan langkahan mujahadah menepis segala dugaan, ujian dengan kekuatan imanmu.
Sesungguhnya aku tidak ingin menjadi penyumbang kepada kelalaian mu mengingati Allah.
Aku juga khilaf selalu kerna aku juga seperti mu.,
Doakan aku supaya aku sentiasa semangat di jalan Allah,
Jagalah syaro' agar hati-hati kita tidak lalai mengingati Allah,
Kerana hati itu kunci untuk menuju Allah..,
Jangan biarkan ia lalai dan mati dari mengingati Allah,,
Apabila ia mati maka tiada erti la hidup ini..
sama-sama la kita islah sebelum terlambat agar 'nawaitu'
 kita untuk bersama kekasih abadi lagi hakiki Allahu Rabbuna
Dalam Jannatul Naim bukan la hanya sekadar angan-angan di awanan mimpi..
Allahumma Amin..,
Insyallah....




Jumaat, 11 Januari 2013

Apabila jiwa ku umpama angin..

Assalamualaikum para pembaca yang dirahmati Allah,
Moga kalian sentiase berada dalam kedudukan beribadah kepadaNya..

 Alhamdulillah. Di izinkan oleh Nya untuk amar mengukir slot luahan kali ini tentang sesuatu yang kadang-kadang kita semua hadapinya..

Setiap orang sudah semestinya ada kekhilafan yang dilakukan dalam hidup kan? Yup!! same goes to me, im also used to made many mistake in my life ( waaaaaaa~ speaking gitu! hehe ).. biasalah kita kan manusia yang normal yang memang tidak mampu lari dari kesilapan.. Tapi semestinya kita suatu ari nanti akan rase menyesal dan ingin bertaubat?? betol kan??

Naluri kita sebagai manusia ni sentiasa mudah lalai, hanyut dan leka apabila hidup kita ni sentiasa di kelilingi dengan keduniaan,, even sometime kita sampai lupa sape Pencipta..huhu..

Sejujurnya amar sendiri sentiasa ingin mencari kebaikan malah cuba sedaya upaya untuk menanamkan serta memparutkan kalimah ' LA ILA HA ILALLAH' di dalam hati supaya walau setiap langkah yang kita ambil kita x kan lupa namaNya.. Sering ingin bertaubat dan tekad untuk melawan keduniaan tatkala diri semakin lalai.Tapi.........................................................



Amar juga sering melakukan apa yang mampu mendatangkan kemungkaranNya. Jiwa ku seperti angin, kadang-kadang aku taubat dan membenci perbuatan yang mendatangkan dosa padaNya tapi hakikatnya amar juga melakukannya. Aku sering bertaubat tapi pada masa yang sama aku juga sering mengulangi kesilapan aku tersebut....



Ya Allah adakah aku bermain dengan taubatMu??
YA Allah tunjukkan la apa yang terbaek buat Ku, bimbing aku dan tekadkan la hati ku setekad-tekad keluarga Sumayyah mempertahankan agamaMu, sesungguhnya nama ku AMMAR YASIR itu berasal dari ahli keluarga Sumayyah yang merupakan keluarga syahid yang pertama..
Kuatkan la iman ku agar aku mampu martabatkan agamaMu di dalam hidup ku..

amin.......

Isnin, 7 Januari 2013

Aku hanya menunggu petunjuk Mu Ya Allah..

 Masa demi masa berdetik tanpa henti sehingga kita tidak sedar betapa cepat nya masa berlalu, bermacam-macam telah aku hadapi semasa belajar di Uitm~ sekarang sudah hampir ke penghujung semester 6... Makin cepat masa berdetik semakin kebingungan tentang hala tuju aku selepas diploma ini.

Ya Allah bantula diri ku untuk menetapkan hala tuju hidup ku, perlu ke aku sambung belajar bidang ini? atau haruskah aku tukar bidang yang lebih baik? Ya Allah kepada Mu semata-mata tempat aku memohon petunjuk dan hidayah.. 



Tentang diri aku pula bagaimana?? 
who should i be in future?? 

semuanya masih kabur..huhu

tentang jodoh?
hm,,,darah remaja masih menular dalam diri amar, sebagai sorang remaja yang masih mentah, sudah semesti sering memikirkan tentang jodoh,, yup! sejujurnya aku mengakui aku sejak dulu lagi mengharap balasan hati dari seorang insan ciptaan Allah yang amat indah sifatnya sehinggakan mampu menlembutkan seuah insan yang berhati batu ini..  

Tapi sejak kebelakangan ini aku sering terpikir akan satu perkara,, LAYAKKAH AKU UNTUK NYA??
bila dipikirkan balik, die terlalu baik buat ku sedangkan aku hanya insan yang sentiasa hanyut and lalai dengan duniawi.. bagi amar, buat masa ini aku sedar yang ini hanya lah sia-sia, sepatutnya aku harus mencari cintaNya terlebih dulu,, walau pape pon.. Maaf buat si insan yang umpama bidadari syurga yang bernama 'N'.. sama-sama lah kita mencari cintaNYa ye.. MOga Allah temukan kamu dengan khalifah yang mulia.. sama- samalah kita mencari redha nya.


Ya Allah sesungguhNya aku haus akan kasih sayang, Aku haus akan cinta dan kasih sayang dari Mu, bimbing la aku, tunjuk kan la daku akan apa yang terbaik buatku. sesungguhnya Kau Arrahman dan Arrahim..


Khamis, 3 Januari 2013

Salam penghijrahan 2013....

Assalamualaikum w.b.t...


 Pejam celik pejam celik, dah sampai pembuka helaian baru bagi tahun 2013, maka juga bermakna kita sudah semakin lanjut usia ye.. sedar x sedar umur ku dah mencecah 22 tahun.. wahh!! macam x percaye je.. 

Bila renungkan kembali tahun sebelumnya, fuhh~! macam-macam aku dah hadapi onak duri kehidupan, berhadapan dengan pelbagai cubaan hidup.. Alhamdulillah aku mampu berdiri teguh sehingga sekarang wlaupun kadang aku jatuh.. tapi bukan kah PENGAJARAN hidup itu mematang kan kita.... banyak iktibar dan pengajaran hidup yang telah aku dapat dari tahun yang sebelumnya.. moga mampu memberikan bekalan semangat untuk aku terus hidup mencari cintaNya... Moga di tahun 2013  ni menjadi satu tahun PENGHIJRAHAN ku ke arah muslim yang lebih cintakan Nya berbanding dunia.. InsyAllah.




Ayuh kawan-kawan.... sama-sama la kita aminkan doa ini... 

YA ALLAH, SESUNGGUHNYA KAU LA MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MELIHAT, AMPUNILAH DOSA KU YANG SEBELUMNYA DAN BERIKANLAH RAHMAT BUAT KU DAN TEMAN-TEMAN KU SERTA INSAN-INSAN YANG KU KENALI SUPAYA KAMI KEKAL DI ATAS JALAN MU. TANAMKAN CINTA DI HATI KAMI SEMATA-MATA BUAT MU. BIMBING LAH KAMI DI TAHUN 2013 INI AGAR KAMI MAMPU MENJADI PENDUDUK DI SYURGA FIRDAUS MU KELAK.. AMIN...........