Jumaat, 21 Disember 2012

Aku hanya Mahu Menjadi Insan Berguna Buat umatMu~

Bismillahirrahman Arrahim..
Assalamualaikum...

Sempurnakah aku??
Inilah yang sering bermain di fikiran ku, persoalan yang menghantui diriku,, aku sering memcuba untuk mencari penyelesaian di atas setiap kelemahan ku, selagi kudrat ku mampu selagi itulah aku sentiase ingin menjadi yang terbaik untuk orang sekeliling aku.. niatku hanya ingin menjadi insan berguna pada setiap yang mengenali ku..Aku cuma ingin mampu berdikari, ingin berdiri di atas kaki sendiri pada setiap titik kehidupan yang aku lalui, 

Ya Allah permudahkan urusan hambaMu ini dalam mencari ilmu dunia serta ilmu akhirt dengan niat aku hanya ingin mampu menjdi seorang khalifah yang berguna buat umat Mu serta buat agamaMu.. Bukan kesempurnaan yang aku cari tetapi diriku hanya ingin menjadi seorang saudara yang berguna buat umatMu yang lain.. Moga Kau merahmati perjalanan perjuangan ku.. amin...


Layakkah aku dipanggil Ustaz?




" Kamu memang baik laa, sesuai jadi ustaz",,


" Kamu ni solat ye, bgusnya kamu, macam ustaz",,
" Sedap kamu mengaji time solat,ustaz upenye, bacaan macam imam masjid besar"
"Petahnya kamu berbicara tentang agama, sesuai jadi ustaz"

Assalamualaikum...

Inilah yang sering berdesing di telinga ku, faham ke diorang ni tentang apa yang dimaksudkan dengan ustaz ni??

Kenapa ye jika seseorang yang HANYA melakukan tanggungjawab sebagai sorang muslim je terus dipanggil ustaz?

Fahamkah diorang akan definisi ustaz?

Ustaz ni hanya la satu definisi dari bahasa arab yang membawa maksud seorang guru lelaki.. aku seorang pelajar bidang masakan tapi digelar sorang ustaz? x ke pelik tuh.

Kenapa lah fahaman manusia sekarang ni pelik.. kenapa la manusia ni suka menilai sesuatu dari pada mata kasar.

Peliknya manusia sekarang ni. dengan hanya membuat kebaikan sedikit atau menjalankan tugas sebagai sorang muslim pon dikatekan alim..orang solat pon boleh terkejut, bukankah itu dah memang tanggunjwab kita sebagai muslim..

Layakkah aku dipanggil alim?

jauh sama sekali, sekeliling ku asyik mengeluarkan kata-kata kosong dengan mengatakan aku ni ustaz mahupun alim, layak ke aku? sedang keliling ku hanya dipenuhi dengan maksiat semata-mata. makin diorang memanggil ku dengan gelaran tu semakin aku takut padaMu Ya Allah.. Aku takut akan kemurkaan Mu jika aku menjual kata-kata janji Mu terhadap umat Mu tapi diri ku sendiri berada di lembah hina..

Hipokrit kah aku??

Disebabkan latar belakang ku beraliran sekolah Ugama, aku sering menjadi rujukan teman-temanku akan perihal agama, tempat rujukan kemusykilan agama, perihal kehidupan,rujukan nasihat, motivasi dan seumpamanya sehingga aku digelar pakar motivasi la, alim, dan ustaz.. huhu,, TETAPI, hakikatnya mulutku hanya mengeluarkan kata-kata kosong kerana setiap patah perkataan yang disebutkan itu bukan semuanya yang aku praktikkan dalam hidup.. " Cakap x serupa bikin" itulah umpama diriku..

Ya Allah.. Aku mahu menjadi insan sebagai khalifah yang terpilih untuk menjadi pemimpin dalam kalangan umat Mu, bimbing la daku,sesungguhNya aku amat memerlukan bimbingan petunjuk MU, aku sudah berupaya sebaik mungkin untuk menjadi insan yang bertakwa, tetapi aku gagal Ya Allah, Aku gagal YA Allah, aku jatuh pada godaan dunia, aku tewas pada bisikan nafsu dan syaitan laknatullah, Ya Allah aku sedar aku tidak layak untuk ke Syurga Mu tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa neraka, dari itu kurniakan la ampunan kepada ku, ampuni la dosa ku.. sesungguhNya Kau la MAha Pengampun...


Coretan Hati Si Pelaku Dosa



Ya Allah Ya Rahman. Hari ini, aku memungkiri lagi janji taubatku..
Aku kembali mengulangi kesilapan lalu
Aku merelakan diriku dibuai godaan Nafsu
Aku biarkan diriku ditipu pujukan Syaitan
Sudah berkali-kali aku menzalimi diriku sendiri
Sudah berkali-kali aku merosakkan imanku sendiri
Walaupun aku sedar Engkau Maha Melihat
Walaupun aku sedar adanya Malaikat pencatat
Walaupun aku sedar dosa mengundang azab
Entah apa sudah jadi dengan diriku ini
Terasa Iman dijiwa semakin parah
Semakin lemah dan semakin rosak
Ketakutanku terhadap azabMu semakin kurang
Semakin pudar seakan lenyap
Aduh..teruknya diriku..
Ya Allah
Berilah aku kekuatan dan petunjuk
Agar mampu kutewaskan rayuan Nafsu dan Syaitan
Yang sangat hebat membinasakan diriku
Sangat bijak menjauhkan diriku daripadaMu
Sehingga aku lalai dalam urusan kehidupanku
Sehingga aku lupa dan tidak peduli akan kehidupan selepas matiku

Ya Allah
Bagaimanalah kedudukanku disisiMu?
Adakah diriku yang penuh dosa ini akan terselamat di akhirat sana?
Adakah aku antara manusia yang bakal memenuhi Neraka Jahanam?
Lalu aku hidup dalam binasa celaka buat selamanya?
Aku tidak mahu ya Allah
Aku tidak mahu masuk dalam golongan itu!
Aku tidak mahu hidup senang di dunia tapi sengsara di akhirat!
Aku tidak mahu...
Ya Allah..
Maafkanlah diriku
Tolong maafkan diriku
Ampunkanlah segala dosa yang aku kerjakan selama ini
Ampunkanlah segala dosa yang aku anggap remeh selama ini
Terlalu banyak..tidak terhitung..
Ampunkanlah Ya Allah
Ampunkanlah Ya Allah
Bersihkanlah diriku ya Allah
Sesungguhnya aku sangat berkehendak akan SyurgaMu!!
Aku merayu penuh harap
Lindungillah diriku daripada mengulangi kembali dosa lalu
Suburkanlah kekuatan iman dalam tekadku
Agar aku mampu mengusahakan yang terbaik dalam hidupk
Semata-mata untuk beroleh Syurga FirdausMu

Redhailah diriku Ya Allah
Redhailah keluargaku Ya Allah
Redhailah sahabat-sahabatku Ya Allah
Rahmatilah kami Ya Allah..
Rahmatilah..
Rahmatilah..
Duhai jiwa yang resah..
hayatilah pujukan murni daripada Allah ini..

Selasa, 18 Disember 2012

Ya Allah, apakah percaturan Mu ke atas keluarga ku ini?

assalamualaikum.. syukur ke hadrat Ilahi dengan limpahNya aku masih mampu bernyawa hingga ke hari ini. Dengan izinnya aku mampu mencaritkan pena di sini.

Ya Allah aku rindukan keluarga ku di kampung halaman, lagi-lagi setelah mendapat perkhabaran yang kurang baik dari sana. Penderitaan penyakit misteri ayahku kembali lagi.. Ya Allah apakah perhitungan yang Engkau dugakan buat ayah ku dan diri ku sekeluarga ini, apakah hikmah yang ingin Kau tunjukkan wahai Tuhanku Yang Maha Pengatur Sekalian Alam??

Sudah bertahun-tahun lamanya ayahku mengalami penyakit misteri... penyakitnya bermula selepas bisnes nya kembali kembang, disebabkan itu lah ayah mula di uji bertubi_tubi sehingga melumpuhkan perniagaan nya. Ya Allah ringankanlah bebannya, kurangkan la penderitaannya. sentiasa la bersamanya tatkala dia di dalam kesakitan. sesungguhNya hambaMu ini lemah dan semakin lemah. alihkan la penderitaannya pada ku agar aku mmapu melihat gelak tawanya kembali.. Ya Allah kepada Mu semata-mata tempat aku mengadu.. T_T


Umi dan Abah,
Moga Allah bukakan pintu  rezeki Mu, 
Memberkati kehidupan Mu di kala susah atau senang,
terima kasih kerana membesarkan ku sehingga sekarang tanpa kenal erti penat lelah, 
Moga Syurga Firdausi menjadi tempat mu nanti..
Sayang umi dan abah,
Maafkan di atas segala kelemahan anakmu ini.. 



Isnin, 17 Disember 2012

Kuatkan la mujahadah ku YA Allah..

 Assalamualaikum... lama rasanya pena blog aku ni x bertulis.. dh berhabuk dah.. agak sibuk tu gak kebelakangan ni..

Ok pena kali ni mengisahkan tentang penghijrahan kehidupan aku dalam mencari siapa sebenar diri aku.. ape sebenar Islam ku.. adakah aku ni jenis islam hanya pada nama ataupun aku hanya seorang yang hipokrit. Ya Allah hanya Engkau Maha Mengenali tentang hamba MU ini..



Setelah beberapa peristiwa hitam dalam hidup aku.. aku mula sedar yang aku sudah mulai tersasar dari jalan yang benar.. Aku mula terpesong dek ternoda dengan ombak noda dunia yang membawa pelbagai perkara- perkara yang mampu menghanyutkn diriku...

Ya Allah bimbing la Aku,,,, Hanya pada Mu ku pohon petunjuk dan bimbingan yang mutlak. Aku mahu menjadi insan yang mulia di sisi MU,, aku mahu cintaMu Ya Allah.... Seseungguhnya Cinta dan Kasih Mu adalah cinta yang hakiki.. Ya Allah kuatkan la aku dalam mencari redha MU.. Kuatkan la Iman ku.. jdkanla ianya seteguh tembok china. Sesungguh musuh utama aku adalah diri aku sendiri, hawa nafsu aku adalah musuh utama aku.. Kuatkan la diri ku agar aku mampu menewaskan nya.



Ya Allah terima la taubat ku, sesungguh dari Mu ku datang dan kepada Mu jua aku pergi. Matikan la aku dalam iman, syahidkan la aku di jalan Mu.. ssungguh aku takut akan azab neraka Mu.. Sesungguhnya mujahadah itu pahit tapi ganjaran syurga Mu itu manis....T_T