Selasa, 18 Disember 2012

Ya Allah, apakah percaturan Mu ke atas keluarga ku ini?

assalamualaikum.. syukur ke hadrat Ilahi dengan limpahNya aku masih mampu bernyawa hingga ke hari ini. Dengan izinnya aku mampu mencaritkan pena di sini.

Ya Allah aku rindukan keluarga ku di kampung halaman, lagi-lagi setelah mendapat perkhabaran yang kurang baik dari sana. Penderitaan penyakit misteri ayahku kembali lagi.. Ya Allah apakah perhitungan yang Engkau dugakan buat ayah ku dan diri ku sekeluarga ini, apakah hikmah yang ingin Kau tunjukkan wahai Tuhanku Yang Maha Pengatur Sekalian Alam??

Sudah bertahun-tahun lamanya ayahku mengalami penyakit misteri... penyakitnya bermula selepas bisnes nya kembali kembang, disebabkan itu lah ayah mula di uji bertubi_tubi sehingga melumpuhkan perniagaan nya. Ya Allah ringankanlah bebannya, kurangkan la penderitaannya. sentiasa la bersamanya tatkala dia di dalam kesakitan. sesungguhNya hambaMu ini lemah dan semakin lemah. alihkan la penderitaannya pada ku agar aku mmapu melihat gelak tawanya kembali.. Ya Allah kepada Mu semata-mata tempat aku mengadu.. T_T


Umi dan Abah,
Moga Allah bukakan pintu  rezeki Mu, 
Memberkati kehidupan Mu di kala susah atau senang,
terima kasih kerana membesarkan ku sehingga sekarang tanpa kenal erti penat lelah, 
Moga Syurga Firdausi menjadi tempat mu nanti..
Sayang umi dan abah,
Maafkan di atas segala kelemahan anakmu ini.. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan