Jumaat, 21 Disember 2012
Layakkah aku dipanggil Ustaz?
" Kamu memang baik laa, sesuai jadi ustaz",,
" Kamu ni solat ye, bgusnya kamu, macam ustaz",,
" Sedap kamu mengaji time solat,ustaz upenye, bacaan macam imam masjid besar"
"Petahnya kamu berbicara tentang agama, sesuai jadi ustaz"
Assalamualaikum...
Inilah yang sering berdesing di telinga ku, faham ke diorang ni tentang apa yang dimaksudkan dengan ustaz ni??
Kenapa ye jika seseorang yang HANYA melakukan tanggungjawab sebagai sorang muslim je terus dipanggil ustaz?
Fahamkah diorang akan definisi ustaz?
Ustaz ni hanya la satu definisi dari bahasa arab yang membawa maksud seorang guru lelaki.. aku seorang pelajar bidang masakan tapi digelar sorang ustaz? x ke pelik tuh.
Kenapa lah fahaman manusia sekarang ni pelik.. kenapa la manusia ni suka menilai sesuatu dari pada mata kasar.
Peliknya manusia sekarang ni. dengan hanya membuat kebaikan sedikit atau menjalankan tugas sebagai sorang muslim pon dikatekan alim..orang solat pon boleh terkejut, bukankah itu dah memang tanggunjwab kita sebagai muslim..
Layakkah aku dipanggil alim?
jauh sama sekali, sekeliling ku asyik mengeluarkan kata-kata kosong dengan mengatakan aku ni ustaz mahupun alim, layak ke aku? sedang keliling ku hanya dipenuhi dengan maksiat semata-mata. makin diorang memanggil ku dengan gelaran tu semakin aku takut padaMu Ya Allah.. Aku takut akan kemurkaan Mu jika aku menjual kata-kata janji Mu terhadap umat Mu tapi diri ku sendiri berada di lembah hina..
Hipokrit kah aku??
Disebabkan latar belakang ku beraliran sekolah Ugama, aku sering menjadi rujukan teman-temanku akan perihal agama, tempat rujukan kemusykilan agama, perihal kehidupan,rujukan nasihat, motivasi dan seumpamanya sehingga aku digelar pakar motivasi la, alim, dan ustaz.. huhu,, TETAPI, hakikatnya mulutku hanya mengeluarkan kata-kata kosong kerana setiap patah perkataan yang disebutkan itu bukan semuanya yang aku praktikkan dalam hidup.. " Cakap x serupa bikin" itulah umpama diriku..
Ya Allah.. Aku mahu menjadi insan sebagai khalifah yang terpilih untuk menjadi pemimpin dalam kalangan umat Mu, bimbing la daku,sesungguhNya aku amat memerlukan bimbingan petunjuk MU, aku sudah berupaya sebaik mungkin untuk menjadi insan yang bertakwa, tetapi aku gagal Ya Allah, Aku gagal YA Allah, aku jatuh pada godaan dunia, aku tewas pada bisikan nafsu dan syaitan laknatullah, Ya Allah aku sedar aku tidak layak untuk ke Syurga Mu tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa neraka, dari itu kurniakan la ampunan kepada ku, ampuni la dosa ku.. sesungguhNya Kau la MAha Pengampun...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan