Isnin, 17 Disember 2012

Kuatkan la mujahadah ku YA Allah..

 Assalamualaikum... lama rasanya pena blog aku ni x bertulis.. dh berhabuk dah.. agak sibuk tu gak kebelakangan ni..

Ok pena kali ni mengisahkan tentang penghijrahan kehidupan aku dalam mencari siapa sebenar diri aku.. ape sebenar Islam ku.. adakah aku ni jenis islam hanya pada nama ataupun aku hanya seorang yang hipokrit. Ya Allah hanya Engkau Maha Mengenali tentang hamba MU ini..



Setelah beberapa peristiwa hitam dalam hidup aku.. aku mula sedar yang aku sudah mulai tersasar dari jalan yang benar.. Aku mula terpesong dek ternoda dengan ombak noda dunia yang membawa pelbagai perkara- perkara yang mampu menghanyutkn diriku...

Ya Allah bimbing la Aku,,,, Hanya pada Mu ku pohon petunjuk dan bimbingan yang mutlak. Aku mahu menjadi insan yang mulia di sisi MU,, aku mahu cintaMu Ya Allah.... Seseungguhnya Cinta dan Kasih Mu adalah cinta yang hakiki.. Ya Allah kuatkan la aku dalam mencari redha MU.. Kuatkan la Iman ku.. jdkanla ianya seteguh tembok china. Sesungguh musuh utama aku adalah diri aku sendiri, hawa nafsu aku adalah musuh utama aku.. Kuatkan la diri ku agar aku mampu menewaskan nya.



Ya Allah terima la taubat ku, sesungguh dari Mu ku datang dan kepada Mu jua aku pergi. Matikan la aku dalam iman, syahidkan la aku di jalan Mu.. ssungguh aku takut akan azab neraka Mu.. Sesungguhnya mujahadah itu pahit tapi ganjaran syurga Mu itu manis....T_T


Tiada ulasan:

Catat Ulasan